Sunday, May 24, 2015

Sharing My Life

Assalamualaikum w.b.t. readers,

Aku baru lepas shopping sakan kat KL untuk persediaan aku masuk ke UiTM. Yes baby! Saya bakal jadi mahasiswi di UiTM Tapah...hehehe. Walaupun result SPM tak laa sehebat kawan-kawan aku tapi aku bersyukur sangat-sangat aku masih diberi peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. So, sesiapa yang bakal study kat tempat ni and ambil diploma in actuarial science silalah contact aku kat ruang komen. Mana tahu we can be friends, right? Tapi aku tahu takkan ada punya yang komen sebab berapa kerat jelaa yang baca blog aku ni.

Aku sebenarnya jealous sangat-sangat kat kawan-kawan aku yang ada buddies. Bukan buddies baru kenal tapi dari same school and same geng. Bila aku tengok gambar diorang bersama...rindu dan jealous! Rindulaa sebab diorang ni besties aku masa zaman sekolah tapi jealous sebab dari sekolah sampai laa ni dok berkepit. Aku ni??? Nanti keseorangan bila kat UiTM tu. Tapi pikir balik bukan aku tak biasa...pergi PLKN tu pun jadi pengalaman. The key is to be friendly with people to make new friends.

Ok...aku cerita sikitlaa pengalaman aku masa first day kat PLKN. Waktu aku naik atas bas tu aku cuba laa jadi peramah dan mesra kat orang sebelah aku walaupun sebenarnya aku segan gila nak bercakap dengan strangers. Nasib aku baiklaa masa tu dia pun bukak mulut jugak, kalau tak awkward gila. So I thought yang dia ni kot akan jadi kawan rapat aku kat PLKN. Ha! Masa buat pendaftaran laa tak berapa nak bertuah sangat. Aku beratur sebelah dia so of course laa kitorang akan diasingkan...dia kompeni Alfa dan aku kompeni Bravo. Hmm...back to loneliness...aku dah start takde mood. Tegur orang bila perlu je.  Aku mula rasa lonely gila bila nak pergi makan kat dewan makan. Kebanyakan aku tengok semua ada buddies masing2. Aku pulak sorang2. Malam pertama tu adalaa sekumpulan dalam dorm aku ni dok bersembang, so diorang ajak aku skali tapi aku tolak sebab memang aku takde mood dan homesick gila. Aku menangis siap dalam selimut. Pastu aku tertidur. Keesokan harinya barulah aku ada mood nak buat kawan baru. Mungkin sebab aku pikir yang diorang ni mesti ingat aku ni sombong. So aku tegurlaa geng2 yang ajak aku sembang semalam...awkward jugaklaa kan tapi aku takde kawan. Memang ended up aku masuk geng diorang tapi skejap jelaa...selepas tu aku jumpa lagi ramai kawan baru and lama2 tu I'm no longer with them. So, adalaa lesson aku belajar...rajin2 laa tegur orang ye...terutama tempat baru ni. 

So...that's it...saja nak share story...Goodbye!
Assalamualaikum w.b.t.

Friday, May 22, 2015

Berjimba Di PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor

Assalamualaikum w.b.t. readers,

Haha...nama tajuk pun 'berjimba' , mesti bestkan kan? Of courselaa! 
Ok...nak mulakan cerita...pada bulan September 2014, semakan keputusan calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun dah dibuka. Aku pun apa lagi, balik sekolah terus bukak lappy...ceh, ecxited jer. Sebenarnya kan, aku pun takdelaa mengharap dapat PLKN tu. (Yelaa, budak pandai!) Bila check, rupanya aku dapat! Tak taulaa nak happy ke atau nak sedih. Ada jugaklaa happy sebab aku dapat tawaran, tapi agak sedih sikit sebab ni PLKN...

Pastu bulan November, baru dapat result penempatan kem. Sebelum ni aku ada dengarlaa yang retis2 Malaysia ni ramainya pergi ke Kem PLKN Princess Haliza mcm Diana Danielle, Alif Satar and Suki...So, aku pun mengharaplaa dapat kem ni. Tapi tau tak, aku spent time aku yang sepatutnya belajar BIO for SPM dengan checking penempatan aku. Padahal sebenarnya nak check tu sekejap je, internetlaa punya pasal! Lembab nak mampus! Pastu bila dah tahu dok update kat kawan-kawan. AKU DAPAT KEM PRINCESS HALIZA UOLLSS!!! 

Ok...ini sebenarnya yang aku nak tunjukkan kat korang. Aku tahu nanti in the future ada orang yang nak tahu pasal tempat ni. Haha! nasib baiklaa aku dapat PLKN versi lama walaupun yang terakhir. Bagi sesiapa yang dapat PLKN versi 2.0, GOODLUCK!


Tempat yang aku berdiri untuk ambil gambar ni adalah Padang Kawad. Bangunan yang kat depan tu adalah Bilik Kuliah, setiap pagi pukul 8.30 kena berkumpul kat padang kawad dulu sebelum masuk ke kelas. Kelas start pukul 9.00 pagi. Cantik kan?!




Inilah kawasan dorm wirawati. Setiap dorm akan ada bilik air dan tempat jemur kain. 




Ini bilik air. Banyaklaa jugak bilik air kat sini tapi kalau satu dorm nak pergi mandi serentak, memang penuhlaa...Oh ye, nasihat: Bawaklah baldi! Walaupun dalam surat kata takyah bawak...Bukan ada baldi pon kat sini. Unless kalau yang dari Sabah Sarawak, korang boleh baldi kat koperasi dalam kem. (selalunya kitorang panggil Tesco)


Dewan Syarahan...kat sinilah segala ceramah bagai dijalankan. Ni kami tengah tunggu tayangan modul yang akan belajar dalam kelas. Tapi most of the time aku tidur je...hahaha!


Surau...tempat alternatif untuk tidur. Terutamanya wirawati...hahaha! and panas macam sauna!

And this is some other photos...


IC (In-Charge) Kompeni Wirawati Bravo sedang berceramah tentang disiplin...Patutlaa kompeni Bravo menang ek...



Program Derma Darah...


Malam Kebudayaan a.k.a Malam Retro a.k.a Malam Terakhir Buat Pelatih Siri 12/2015



Also...My besties! I'm the one with the pink hijab and grey blouse...I know, ugly right? 

Ok...so itu jelaa gambar yang aku ada...Nak bagitau few things about PLKN for sesiapa yang curious...
  1. Phone sebenarnya tidak dibenarkan. Tapi of courselaa ramai yang bawak...so waktu pendaftaran phone korang akan disimpan di pejabat. Tapi jangan risau, bukan PLKN tak bagi terus sampai tamat program. On weekend akan bagi phone. Kalau takde disiplin, lagi awallah korang dapat.
  2. Menurut cikgu (JURULATIH), PLKN Kem Princess Haliza ni adalah satu-satunya kem yang berpusat, yang aku dengarlaa...so korang memang bertuah dapat kem ni. Ok, pada yang tak faham berpusat tu apa, maksudnya kalau korang nak pegi bangunan ke bangunan, tak letih laa sebab dekat. Kalau kem lain ada yang terpaksa naik turun bukit.
  3. Berkenaan dengan persediaan, tak perlu bawak banyak baju. Sekadar baju kurung 3/4 helai  and  baju biasa sebab sepanjang program kebanyakannya korang pakai baju yang PLKN bagi. Lagipun, locker bukan besar ye...

Ok...sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi ini jelaa yang aku larat nak menaip. Hehe...apa-apa pon...goodluck kepada pelatih PLKN 2.0...merasalah korang!