Sunday, May 24, 2015

Sharing My Life

Assalamualaikum w.b.t. readers,

Aku baru lepas shopping sakan kat KL untuk persediaan aku masuk ke UiTM. Yes baby! Saya bakal jadi mahasiswi di UiTM Tapah...hehehe. Walaupun result SPM tak laa sehebat kawan-kawan aku tapi aku bersyukur sangat-sangat aku masih diberi peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. So, sesiapa yang bakal study kat tempat ni and ambil diploma in actuarial science silalah contact aku kat ruang komen. Mana tahu we can be friends, right? Tapi aku tahu takkan ada punya yang komen sebab berapa kerat jelaa yang baca blog aku ni.

Aku sebenarnya jealous sangat-sangat kat kawan-kawan aku yang ada buddies. Bukan buddies baru kenal tapi dari same school and same geng. Bila aku tengok gambar diorang bersama...rindu dan jealous! Rindulaa sebab diorang ni besties aku masa zaman sekolah tapi jealous sebab dari sekolah sampai laa ni dok berkepit. Aku ni??? Nanti keseorangan bila kat UiTM tu. Tapi pikir balik bukan aku tak biasa...pergi PLKN tu pun jadi pengalaman. The key is to be friendly with people to make new friends.

Ok...aku cerita sikitlaa pengalaman aku masa first day kat PLKN. Waktu aku naik atas bas tu aku cuba laa jadi peramah dan mesra kat orang sebelah aku walaupun sebenarnya aku segan gila nak bercakap dengan strangers. Nasib aku baiklaa masa tu dia pun bukak mulut jugak, kalau tak awkward gila. So I thought yang dia ni kot akan jadi kawan rapat aku kat PLKN. Ha! Masa buat pendaftaran laa tak berapa nak bertuah sangat. Aku beratur sebelah dia so of course laa kitorang akan diasingkan...dia kompeni Alfa dan aku kompeni Bravo. Hmm...back to loneliness...aku dah start takde mood. Tegur orang bila perlu je.  Aku mula rasa lonely gila bila nak pergi makan kat dewan makan. Kebanyakan aku tengok semua ada buddies masing2. Aku pulak sorang2. Malam pertama tu adalaa sekumpulan dalam dorm aku ni dok bersembang, so diorang ajak aku skali tapi aku tolak sebab memang aku takde mood dan homesick gila. Aku menangis siap dalam selimut. Pastu aku tertidur. Keesokan harinya barulah aku ada mood nak buat kawan baru. Mungkin sebab aku pikir yang diorang ni mesti ingat aku ni sombong. So aku tegurlaa geng2 yang ajak aku sembang semalam...awkward jugaklaa kan tapi aku takde kawan. Memang ended up aku masuk geng diorang tapi skejap jelaa...selepas tu aku jumpa lagi ramai kawan baru and lama2 tu I'm no longer with them. So, adalaa lesson aku belajar...rajin2 laa tegur orang ye...terutama tempat baru ni. 

So...that's it...saja nak share story...Goodbye!
Assalamualaikum w.b.t.

1 comment:

  1. Hai saya nak tanya pengalaman dkt plkn princess haliza tu best tk? ..awak homrsick bape hari? ..bole hilang tk homesick awak time tu

    ReplyDelete